Sejarah Pendidikan di Kelantan

Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan al-Quran. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan.

Sistem Sekolah Pondok

Tiada tarikh yang tepat mengenai penubuhan pondok di Kelantan, namun sistem ini telah muncul pada awal abad ke-19. Pengajian pondok bermula apabila Tok Pulai Chondong membina pondok pertama di Pulau Chondong yang terletak di jalan Kuala Krai-Kota Bharu sekitar tahun 1820. Walaubagaimanapun terdapat pendapat lain yang mengatakan pengasasnya yang pertama bermula di zaman pemerintahan Long Jenal. Melalui sistem pondok, guru biasanya akan mengajar sepenuh masa, bermula selepas solat subuh sehingga jam sepuluh malam. Cara pembelajaran pula adalah dengan cara pelajar duduk di lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk 'ladam kuda' bagi memudahkan penyampaian dan mendengar apa yang diajar oleh guru. Sistem pembelajaran pond ok mengambil masa yang lama iaitu di antara sepuluh hingga lima belas tahun.

Perkembangan Sistem Pendidikan Berbentuk Persekolahan

Walaupun institusi pondok menjadi institusi pengajian agama yang sangat berpengaruh sekitar awal abad ke-20, namun pengajian agama berbentuk persekolahan sudah lama ditubuhkan iaitu seawal tahun 1917 apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menubuhkan sekolah pertamanya iaitu Madrasah Muhammadiyah (Melayu ) bagi pelajar lelaki pada tahun tersebut. Sekolah pertama yang dibina oleh Majlis pada 5 Ogos 1917 dengan nama Muhammadiah AI-Kelantaniah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian Melayu, Inggeris dan Arab. Pendidikan Islam dalam bentuk sekolah ini telah dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Sekolah Agama

Perkembangan sekolah-sekolah agama di bawah Majlis dari tahun 1917-1940 menunjukan berlakunya peningkatan dalam sistem persekolahan agama di Kelantan. Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh penasihat British ketika itu: "... This reputation of Kota Bharu as the centre of Mohammedan learning has been well known as far south as when I was serving there 10- 15 year ago." Pertumbuhan pesat sekolah agama di negeri Kelantan berlaku antara tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua sehingga satu dekad selepas negara mencapai kemerdekaan.

Sekolah Agama Rakyat

Sekolah Agama Rakyat mernpakan sekolah-sekolah yang dibina oleh orang perseorangan atau individu tertentu atau oleh penduduk setempat di kampung. Kewangan bagi pembiayaan sekolah ini datangnya daripada wang khairat, derma orang ramai dan melalui yuran sekolah. Sebilangan besar sekolah rakyat ini telah didaftarkan di bawah MAIK dan turut benaung di bawahnya. Sekolah-sekolah ini diwajibkan mengikut sistem sekolah-sekolah agama yang telah ditetapkan oleh MArK yang dikenaIi dengan nama "Sekolah-sekolah di Bawah Naunan MAIK". Kesemua guru yang mengajar di sekolah ini diwajibkan memperolehi tauliah daripada pihak berkuasa MAIK terlebih dahulu.

Sekolah Majlis

Sehingga Perang Dunia Kedua, golongan wanita yang mendapat pendidikan adalah terlalu sedikit bilangannya berbanding golongan lelaki sama ada pendidikan di sekolah pondok mahupun di sekolah-sekolah berbentuk sekular. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas sehingga tahun 1930-an tidak terdapat golongan perempuan yang berkecimpung dalam bidang pekerjaan formal sebagaimana golongan lelaki. Pada awal abad ke-20, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan sistem pendidikan Majlis yang terdiri daripada sekolah agama, Melayu dan Inggeris. Sekolah Majlis yang pertama telah didirikan pada 1917.

Sekolah Melayu

KeIantan tidak mempunyai sekolah sekular sehinggalah tahun 1904. Dalam tahun 1904, sekolah bentuk sekular teIah diperkenaIkan dan dipanggil Sekolah Melayu dan sekoIah ini telah didirikan di Padang Merdeka, Kota Bharu. Bangunan-bangunan sekolah ini berbentuk bangsal, tiang batang nibong, perkakas kayu bulat, dinding buluh dan beratap nipah. Pada peringkat awal sekoIah Melayu di Kelantan mengajar pelajaran menulis, membaca mengarang dan iImu hisab dalam tulisan rumi. Sementara itu, bahasa Inggeris juga teIah diajar oleh seorang guru daripada Ceylon yang bemama Mr. Jacob. Walau bagaimanapun dengan kekurangan yang ada, sekolah Melayu Kelantan tetap mencapai kemajuan walaupun dalam keadaan perlahan.

Pusat Pengajian Tinggi Kelantan (PPTIL)

Pada tahun 1965, kerajaan negeri Kelantan telah menubuhkan Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) yang kemudianya dikenali sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). Peluang melanjutkan pelajaran ini tidak hanya terbuka kepada rakyat Kelantan sahaja, malah juga dari luar Kelantan termasuk dari luar Malaysia. Sambutan yang mengalakkan ini adalah disebabkan oleh kedudukan institusi ini sebagai satu-satunya institusi pengajian Islam peringkat universiti dalam bahasa Arab di Malaysia pada ketika itu selain Kolej Islam Kelang.  Pada 1 April 1981, YPTIK telah diambilalih oleh Universiti Malaya sebagai sebuah "Kolej Universiti" dan ditukar namanya kepada Akademi Islam Universiti Malaya.

Sumber:  http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22912/068_083.PDF

(Perkembangan Pendidikan Islam Di Kelantan oleh Dr. Arba’iyah Mohd. Noor, Universiti Malaya)